Isnin, 29 November 2010

Menakjubkan..!! Ekor Puting Beliung Dapat DiRakam..



Kejadian ini disedari bermula sewaktu Persimpangan lampu isyarat ini,..

Menakjubkan..!!! Ekor Puting Beliung dapat dirakam oleh lensa kami sewaktu adegan 'kejar mengejar' Awan Hitam yang TERKINI..,.kejadian Fenomena alam ini berlaku antara 1750-1830 di sekitar Jalan Sungai Maong-MJC,Kuching Sarawak pada 28 November 2010,.ia berlaku begitu pantas sekali,. untuk melihat secara jelas,.'klik' di foto yang besar sahaja,sb semua foto yg kecik telah di 'compress' mengikut 'web size',.Sekian dulu untuk tajuk yang terkini dari kami,.& tunggu kemunculan dengan foto2 terkini,..  ~Terima Kasih ~

Sabtu, 27 November 2010

Cepat..!! 'klik' di foto cuma 'Copy / Paste' untuk 'Original Size'..!!



MENAJUBKAN..!! Original Size  untuk pengunjung blog Penjejak Warisan Photography,.cuma 'klik' di gambar ini & 'Copy / Paste' sahaja untuk memiliki foto ini,.. yang dikongsi besama oleh Hijau Putih Photography sebab foto ini masih 'segar' & TIDAK mengikut 'web size',..cepat..!! 'klik' di foto & 'Copy / Paste'..lepas tu hantar kat kedai laa...Sekian Untuk kali ini....zzAAssssssSss!!

Jumaat, 26 November 2010

Kuching Old Town

 Foto2 lama bergini sukar untuk 'dijejak',ada yang telah sampai berabad lamanya.Koleksi foto lama ini  telah dirakam sekitar 1890-1960an khas untuk dikongsi bersama,...






 Sungai Sarawak,.sekitar 1950an,.

 Pelabuhan sekitar 1900an,.

 Bagi Fans Penjejak Warisan Photography foto2 ini hanya untuk dikongsi bersama sahaja,.nantikan KEMUNCULAN kami dengan tajuk & foto2 terkini, sekian   ~Terima Kasih~  ZZaassSssss..!!

Selasa, 23 November 2010

Misteri Belum Terjawab,..

 Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak,berdekatan Masjid Bahagian Sibu,.tapi BENARKAH..Pejuang Kemerdekaan ini telah disemadikan di Perkarangan Penjara Kuching..???
Ada teori mengatakan isteri Sir Duncan Steward ingin melihat sendiri wajah Rosly Dhoby..Sewaktu penggalian semula 'Perkuburan' tersebut,memang jelas TIADA rangka tulang manusia dijumpai.Adakah ini cuma konpirasi yang 'disengajakan' oleh pihak British,. kerana dengan "mencipta" kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

 Dimanakah mereka di bawa masih menjadi mesteri sehingga hari ini..Kisah Pejuang Kemerdekaan ini pernah di Dokumentasi oleh Astro Prima pada 7 Jun 2009
 Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak.

 Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong,.adakah teori ini BENAR..??? Dimanakah mereka di SEMBUNYIKAN..?? kenapa TIADA rangka / tulang manusia sewaktu 'penggalian' semula di 'Perkuburan' tersebut..???
Sekian sajalah untuk tajuk kali ini yang dapat kami kongsikan bersama,.,Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan 'jenazah' mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak,sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby. Al-Fatihah untuk Pejuang Tanahair...~Amin~

Sabtu, 20 November 2010

2 tahun telah berlalu..(Penjara Pusat Kuching Dalam Kenangan)

 KUCHING, 21 November : Suasana seram apabila krew kami membuat 'photoshoot' kali ini,.dengan keadaan PINTU yang terbuka dari hadapan sehingga ke hujung,seperti menunggu kedatangan kami. Bangunan asal ini dibina dalam tahun 1882 pada zaman British & pernah menjadi tempat menahan pesalah / tahanan reman / banduan,.yang di gelar Penjara Pusat Kuching

 Kawasan ini telah ditinggalkan selama 2tahun sewaktu 'photoshoot' ini di rakam,.begitu 'seram' sekali suasana seperti ada sesuatu yang memerhati pergerakan kami.

 Sewaktu pemerintahan British,disinilah Pejuang Tanahair Sarawak pernah disemadikan..

Yang 'menghairankan' kami kesemua pintu / tingkap dalam keadaan 'TERBUKA' di setiap tempat..

 Pintu bekas 'Blok' tahanan reman / banduan pun 'menunggu' kedatangan kami..nak masuk buat 'photoshoot' kat dalam 'Blok' lain kali ajelah,..
Untuk fans Penjejak Warisan Photography,bangunan ini adalah salah satu Warisan Sejarah yang akan lupus satu hari nanti. Sekian sajalah untuk tajuk kali ini untuk dikongsi bersama,nantikan KEMUNCULAN kami dengan tajuk & foto yang lebih menarik... Terima Kasih.  zzAAssSSSs..!!!

/ Lagi Langit Hitam Dapat Dirakam

KUCHING, 20 November : Lagi sekali lensa kami dapat merakam kejadian 'Langit Hitam',lokasi tesebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching,Sarawak,fenomena alam itu berlaku antara jam 1545-1630,.tiada pergerakan angin yang luar biasa semasa foto ini rakam..
 Fenomena alam ini sungguh 'unik' kerana pergerakan 'Langit Hitam' seperti melintas lapangan terbang secara perlahan-lahan,..

 Tiada kelihatan pancaran kilat @ petir semasa kejadian ini berlaku...
"Langit Hitam" ini kelihatan cuma beberapa meter sahaja dari bumi.Fenomena alam yang bergini selalunya beserta angin & petir,.tapi kali ini tiada tanda kehadiran "mereka",...Sekian saja yang dapat dikongsi untuk tajuk kali ini,.tunggu KEMUNCULAN dengan foto & tips yang terkini,. ZZaaSSssssS..!!!

/ Photo Tool Studio Plus 2011 (Software)


 Hai,.apakhabar peminat2 Ayat-Ayat Cinta Romantis & peminat Penjejak Warisan Photography,.sedikit maklumat untuk dikongsi bersama pada kali ini,iaitu 'effect'..ada bermacam-macam jenis solftware yang kita boleh guna untuk meng'edit' foto mengikut kesesuaian tajuk.Saya bukan pakar dalam bidang 'gambar orang kahwin',.tapi banyak yang menghubungi saya untuk "Perkhidmatan" tersebut,.he ,.he.. saya cuma Photographer Jalanan & apa yang saya buat bukan kerana 'duit' atau pun keuntungan,. ok, sekarang bagi yang berminat bermain effect,saya cuma cadangkan gunakan "Solfware,Photo Tool Studio Plus 2011",.banyaklah benda2 dalam tu,..

 Geometric/fish eye..Illumination/night glows macam2 ada dalam 'solfware' tu,..ikutlah kesesuaian tajuk foto bila menggunakan effect tersebut,.he he ,.'Gambar Kahwin" pun boleh agak nya...disini ada 5 contoh foto yang telah di'edit' menggunakan 'solfware' tersebut,.ada banyak cara untuk kita meng'edit'kan foto sebenarnya,kebanyakan foto saya TIDAK menggunakan apa2 effect,saya lebih suka menggunakan 'contras' sahaja..tapi apa salahnya kalau kita 'ambik tau' sikit pasal 'effect' ni kan..?? ha ha,.Sekian saja untuk tajuk kali ini untuk di kongsi bersama,.nantikan foto2 & tips yang lebih menarik,.. ZZaassssss..!!!