Sabtu, 28 Julai 2012

✿ Jika Kau Tahu Apa Itu Cinta ✿

Jika kau tahu apa itu cinta
Maka kau akan tahu bagaimana rasa cinta
Jika kau tahu apa itu cinta
Pasti kau tak kan berani tuk kehilangan nya
Jika kau tahu apa itu cinta
Pasti kau kan menjaga sebaik mungkin dia
Jika kau tahu apa itu cinta
Pasti kau kan menangis menghayati nya
Jika kau tahu apa itu cinta
Pasti kau kan berterima kasih pada Yang Esa kerana kurnia Nya
Jika kau tahu apa itu cinta
Maka pasti kau kan tahu cinta itu penuh dengan indah dan duka
Jika kau tahu apa itu cinta
Sudah tentu kau tahu belajar sesuatu daripada nya
Jika kau tahu apa itu cinta
Pasti kau kan pertahankan semampu sedaya 
Kerana ada di antara kamu 
Tidak mengerti cinta
Dan tidak menghargai cinta
Ada juga tidak mensyukuri





Rabu, 25 Julai 2012

✿ 19 Hadis Nabi Mengenai Wanita ✿



Betapa indah nya kita dijadikan oleh Allah :) ini 19 hadis nabi mengenai Wanita 


1.   Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".      
    
2.    Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.         

3.    Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.         

4.  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak , keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.         

5.    Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.         
  
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.    
      
7.    Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.         

8.    Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.        

9.    Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).        

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara   kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.        

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.        

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".         

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.       

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.    

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.       

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.           

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.          

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.           

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.





Sabtu, 21 Julai 2012

✿ Hari Pertama Ramadhan Berlalu Dengan Damai ✿

Assalamualaikum 

Alhamdulillah , setelah seharian menunaikan ibadah puasa hari pertama dalam bulan Ramadhan , terima kasih Ya Allah memberikan hamba Mu peluang untuk menikmati indah Ramadhan pada tahun ini , hari ini di lalui dengan tenang sekali , saat puasa di susuli dengan solat membuatkan hati meraih keinsafan , saat waktu yang terluang di sambut dengan ayat - ayat Al - Quran membuatkan hati tersentuh dari sudut yang paling dalam , hebat nya Ramadhan hanya dapat di rasai kira nya khusyuk menghayati di sebalik kehebatan itu dengan rasa yang penuh rendah diri , dan Ramadhan itu juga mengajar untuk membersihkan hati ,insyaAllah Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya , dan terima kasih buat peneman hati , kerana masih bersama ku dalam Ramadhan ini 




Allah , aku antara hamba Mu yang mengejar keredhaan Mu di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini 


Semoga Ramadhan ini lebih indah





Rabu, 18 Julai 2012

✿ Cinta Ku Berbunga Pada Ramadhan Yang Lalu ✿

Bismillahirahmanirrahim


Dengan lafaz Bismillah , Ramadhan yang lalu cintaku kembali , Ramadhan yang lalu hatiku berbunga lagi , di saat aku terpuruk dengan segala kesedihan masa lalu , aku kira Allah hadirkan dia untuk menjadi pelengkap bagi menghapus kesedihan ku , syukur ke hadrat Ilahi , aku bangun melangkah walau perit , mencuba rawat keperihan hati , pahit untuk di telan segala kesakitan yang berlaku , terima kasih untuk segala , menerima , mengajar , dan mengenal kan ku erti suka dan duka , terima kasih bimbingan yang di beri , terima kasih sentiasa di sisi , ketahuilah , kehadiran mu , benar cukup bermakna buat ku , terima kasih cinta 





✿ Seperti Mereka , Aku Juga Begitu ✿

Bismillahirahmanirrahim




Semilir angin petang yang membuai , meniup lembut juntaian rambut ku , terasa dingin menyapa diri untuk mendamaikan hati , terdetik seketika hati di mana , hati kecil ini merindui kekasih hati , seperti mereka , aku juga sedang merasakan begitu , hati seakan berdegup kencang saat sedang sendiri memikirkan si dia . Sesaat bersama terkadang tidak cukup bagi ku , mungkin kerana hati sedang di pagut rindu , di sisi nya , terasa nyaman sekali , terasa selamat di lindungi , terasa bahagia saat cinta di lafaz , nyata itu lah yang sedang di rasakan sekarang , seperti mereka , aku juga di antara si pencinta hati , seperti mereka , aku juga ingin merasakan nikmat bahagia bersama , dan seperti mereka , aku juga tidak berhenti berdoa semoga cinta kan kekal bersemi , bersemi dengan doa - doa syukur kepada Ilahi , seperti mereka , aku juga begitu 


✿ Allah , andai dia untuk ku , satukan aku dalam cinta Mu , amin Allah amin ✿