Jumaat, 15 Jun 2012

Buat Kau Ku Panggil Cinta

Bismillahirrahmanirahim 
 Alhamdulillah , aku bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan rahmat Nya ke atas ku , Alhamdulillah Ya Allah di atas rasa cinta yang telah Engkau izinkan untuk ia menyatu , walau pun badai sering melanda atas perhubungan ini , aku tetap gagahi jua kerana hubungan ini amat bermakna bagi hidup ku ~

 Buat Kau Ku Panggil Cinta 

Terima kasih untuk segala rasa cinta yang telah kau berikan untuk ku , walau ia ku tahu hanya lah daripada cebisan cinta yang lalu , namun ku bersyukur untuk nya . Terima kasih kerana menyayangi ku walau acapkali aku menyakiti hati mu , terima kasih sentiasa melindungi aku hanya kerana ingin melihat aku berada dalam keadaan selesa . 


Sayang 

Terkadang aku merasa rendah diri di atas kekurangan yang ada pada diri ku , kerana sungguh kekurangan ku tidak mampu untuk menandingi cinta mu yang dulu , terima lah diri ku apa adanya , cintailah kekurangan ku , bersederhana lah dengan kelebihan ku , maafkan aku jika aku bukan bunga yang kau idamkan selama ini .


Kasih

Aku berharap agar suatu hari nanti , kau kan mengerti mengapa cinta ku terhadap mu sedalam ini , ku ingin kau tahu betapa aku ingin mengasihi mu dengan kasih sayang ku , namun adakah aku mampu ?? Ku harap kau mengerti kasih , cinta ini untuk kamu 



 # Buat Kamu Pelangi Cinta :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan